• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Raja Ema Aktif Bidang Hiburan, Lebih Selesa Jadi Ibu Tunggal

Penyanyi dan pelakon terkenal era 1990-an Raja Ema Raja Ibrahim atau Raja Ema mengakui sedang bergiat aktif dalam bidang seni hiburan.

Menurut Raja Emma, 51, walaupun masih menjalankan perniagaan, namun dia juga semakin aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“Pernah berhenti seketika selama dua tahun dalam dunia seni, saya kembali semula berlakon menerusi filem Keluarga Iskandar The Movie.

“Alhamdullilah, apabila produser filem ini menawarkan saya untuk berlakon, saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada KopiPlanet.com

Raja Ema ditemui majlis pelancaran Keluarga Iskandar The Movie yang berlangsung di Platinum Lounge, MMCineplexes ECurve, Mutiara Damansara, semalam.

Selain itu, mengulas isu jodoh dia mengatakan lebih selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal kepada dua orang anak lelakinya iaitu Putera Ammar, 25, dan Putera Al Kashah, 21.

“Buat masa sekarang, saya lebih memilih untuk menjadi ibu tunggal dan kasih sayang anak-anak terhadap saya sudah cukup buat saya rasa gembira.

“Saya memang ada keinginan untuk berumah tangga, tetapi dengan peningkatan usia ini saya tidak mahu melalui cabaran itu kerana sudah mempunyai pengalaman ketika berkahwin dahulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Raja Ema turut mendedahkan bahawa dia bakal membuat kemunculan single terbaharu berjudul I D Cintamu.

“Khas untuk peminat setia, saya akan melancarkan single ketiga dengan versi lagu era 80-an kerana zaman sekarang pendengar mahukan muzik sebegini.

“Jadi, saya membuat sedikit kelainan konsep pada lagu dan menariknya lagu ini kesinambungan daripada Jejaka Idaman dan Angan-angan. – KopiPlanet.com

Artikel : Syafiqah Othman
Pelajar praktikal : UiTM Puncak Perdana

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend