
Redza Rosli Bagi Ucapan Romantis Sempena Birthday Ayda Jebat
Walaupun tidak pernah memberikan kenyataan secara rasmi yang mereka sedang hangat menyulam cinta, namun rata-rata peminat mengetahui tentang hubungan rapat di antara dua selebriti ini iaitu Redza Rosli dan Ayda Jebat.
Terbaharu, Redza membuat satu ‘gesture’ yang cukup ‘sweet’ buat gadis tersebut dengan memuat naik ucapan romantis sempena ulang tahun kelahiran ke-27 Ayda yang diraikan pada Ahad lalu.
“Di hari istimewa awak, saya nak ucapkan selamat hari lahir dan semoga Allah sentiasa merahmatimu. Senyuman saya akan terukir setiap kali terfikirkan tentang awak dan senyuman itu akan jadi lebih berseri-seri jika hari-hari saya ditemani awak. Terima kasih kerana menunjukkan saya makna sebenar erti cinta,” luah Redza menerusi laman Instagramnya.
Fotonya bersama sedondon dengan Ayda itu setakat ini sudah meraih lebih daripada 107,000 tanda suka daripada pengikut pelakon drama bersiri Leftenan Zana itu.
Peminat juga turut meninggalkan komen mengatakan mereka sudah tidak sabar mahu menyaksikan kedua-dua selebriti ini naik pelamin dan membina keluarga bersama. – KopiPlanet.com
Foto: Instagram Redza Rosli



