Cerita ArtisHiburan

Rody Kristal & Isteri Kini Timang Cahaya Mata Lelaki Kedua

Tahniah diucapkan buat gitaris kumpulan Kristal, Rody dan isteri, Niena Azman yang telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka, pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan Niena menerusi laman Instagramnya beserta gambar dengan bayi lelakinya itu. Niena melahirkan anak keduanya itu di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor.

“Alhamdulillah, akhirnya keluar hero jugak.. kali ini struggle sikit berbanding Adith, terima kasih semua yang mendoakan Niena dan baby B,” tulis penjaga gol skuad Futsal Wanita Kebangsaan itu.

Rody dan Niena mendirikan rumah tangga pada 27 April 2018 dan pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adithya Jabbar yang dilahirkan pada 14 Januari 2019. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button