
AntarabangsaKpop
Ryeowook Super Junior Mengaku Kini Sedang Jalin Hubungan Cinta Dengan Ari Tahiti
Ahli kumpulan Super Junior, Ryeowook mengesahkan dia kini sedang bercinta dengan Ari yang merupakan bekas anggota kumpuan Tahiti.
Khabar itu disampaikan agensi pengurusan Super Junior, SJ Label menerusi satu kenyataan media yang mana menyebut hubungan cinta di antara dua selebriti itu baharu sahaja berputik baru-baru ini.
Sebelum ini, kisah mengenai Ryeowook dan Ari hangat diperkatakan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.
Ryeowook mula menceburkan diri dalam bidang seni pada 2005 dengan menyertai kumpulan Super Junior manakala Ari mencipta populariti dengan menganggotai kumpulan Tahiti yang memulakan karier mereka pada 2012. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1