• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Sangeeta Krishnasamy Akui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Inggeris

Sangeeta Krishnasamy mengakui dia kini sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang jejaka Inggeris, Richard Bradbury.

Menurut pelakon filem Adiwira itu, perkenalan mereka bermula setahun lalu ketika Richard ditugaskan untuk menemubualnya menerusi stesen radio tempat lelaki itu bekerja di BFM Radio.

Yang menariknya, pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31), ia merupakan pertama kali kedua-duanya keluar bersama-sama sebagai pasangan kekasih.

“Saya dan Richard dalam proses mengenali satu sama lain. Sebenarnya, saya dah kenal dengan dia sejak setahun lalu ketika dia ditugaskan untuk menemubual saya berhubung filem Adiwira.

“Sejak itu kami sudah mula berkawan dan ini merupakan kali pertama saya keluar bersama dia sebagai pasangan. Boleh dikatakan dia adalah teman istimewa saya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Sangeeta ditemui pada malam anugerah ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Sangeeta yang merupakan pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM29) ini turut berkata dia akan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan mereka sekiranya ada berita baik.

Aktres berusia 33 tahun itu mula dikenali ramai selepas berlakon dalam filem Adiwira, berdasarkan kisah benar tentang seorang guru yang cekal mengajar anak murid di kawasan pedalaman. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend