Cerita ArtisHiburan

“Saya Tidak Akan Berlakon Watak Lelaki Lembut Lagi Kecuali…” – Along Cham

Pelakon dan pelawak, Along Cham menegaskan selepas ini dia tidak akan membawakan lagi watak lelaki lembut seperti yang dijayakannya menerusi filem terbaharu lakonannya, Tiada Tajuk.

Menurut Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 36, menerusi filem sulung arahan Mawi itu dia melakonkan watak lelaki lembut bernama Kuswadi. Along mengatakan dia tidak mahu melakonkan watak lelaki lembut kerana enggan berdepan dengan kecaman daripada penonton di luar sana.

“Kalau nak tahu, sebenarnya ketika dapat tawaran daripada Mawi, saya bertekak sekejap dengan dia sebab saya memang tak nak bawa watak lelaki lembut kerana risau dengan kecaman yang bakal diterima.

“Tapi Mawi memujuk saya dengan menerangkan watak Kuswadi ini sebenarnya boleh beri pengajaran kepada penonton. Dia kata lagi watak itu diadakan bagi memberi manfaat serta ingin menyampaikan mesej mengenai golongan LGBT.

“Apa yang Mawi cakap itu buat saya banyak berfikir dan akhirnya saya bersetuju untuk melakonkan watak Kuswadi. Tapi kalau lepas ini saya dapat tawaran berlakon watak lelaki lembut saya tidak akan ambil kecuali kalau filem Tiada Tajuk ada sequel sebab watak Kuswadi itu dah sebati dengan saya,” katanya kepada KopiPlanet.com

Along ditemui pada malam gala tayangan filem Tiada Tajuk yang berlangsung di MM2 Cineplexes, Damansara semalam. Tiada Tajuk yang diterbitkan Mawi World Entertainment ini bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula 4 April ini.

Selain Along, filem bergenre komedi Islamik ini turut dibintangi Hazama, Joey Daud, Ropie, Kamarol Hj. Yusof, Amira Othman dan Mawi.

Bagi mendapatkan hasil lakonan yang berkesan, Along menjelaskan membuat pemerhatian terhadap rakan-rakan lelakinya yang berperwatakan lembut agar dia dapat memberikan yang terbaik menerusi naskhah tersebut.

“Saya sebenarnya takut pada kecaman tapi lepas tengok filem ini, Alhamdulillah apa yang saya cuba bawakan itu menjadi dan inilah hasilnya.

“Saya banyak tengok pemerhatian daripada rakan-rakan yang perwatakan lembut, yela bukan semua kawan-kawan saya ini ‘straight’,” ujarnya berseloroh. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button