• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Selena Gomez Bakal Lancar Produk Jenama Kecantikan Sendiri

Penyanyi popular, Selena Gomez dikhabarkan bakal mengeluarkan produk kecantikan di bawah jenamanya sendiri dalam masa terdekat ini.

Selepas berkolaborasi dengan dua nama besar jenama iaitu Puma dan Coach, Selena mengambil keputusan untuk melebarkn sayap dalam produk kecantikan bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara selebriti paling berpengaruh dunia.

Difahamkan Selena sudah pun mematenkan namanya, Selena Gomez dengan Jabatan Paten Amerika Syarikat minggu lalu berhubung pelancaran jenamanya kelak. Tanda niaga itu difailkan di bawah syarikat miliknya, July Moon Productions.

Walaupun Selena masih belum buka mulut mengenai produk yang bakal dijual, ramai peminat membuat telahan bekas kekasih Justin Bieber itu bakal mengeluarkan produk seperti minyak wangi, kosmetik, produk penjagaan kulit dan rambut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend