AntarabangsaKpop

Sembunyi Pergelangan Tangan, Peminat Syak Onew Cuba Bunuh Diri

Peminat kumpulan Shinee mula membuat telahan sendiri selepas salah seorang ahli kumpulannya, Onew dilihat tampil dengan fesyen pelik menutup pergelangan tangan kanannya.

Pada mulanya peminat merasakan ia merupakan satu trend baharu namun kemusykilan itu timbul selepas Onew sentiasa menutup pergelangan tangan malah ketika menghadiri konsert Red Velvet, dia masih mengenakan fesyen baju yang menutup bahagian badan tersebut.

Menurut peminat, Onew merupakan seorang yang sentiasa menggunakan tangan kanan untuk memegang mikrofon dan mustahil untuknya menggayakan pakaian berambu-ramba di bahagian tersebut.

Peminat membuat spekulasi Onew mungkin telah mengerat pergelangan tangannya sehingga ia meninggalkan kesan parut.

Disember tahun lalu, peminat Shinee dikejutkan dengan berita kematian Jonghyun akibat bunuh diri.

Jonghyun mengambil keputusan mencabut nyawanya sendiri kerana mempunyai masalah kemurungan sehingga membawa kepada kematian tragisnya.

Selain Onew dan Jonghyun, kumpulan yang terkenal dengan lagu Lucifer itu turut dianggotai Key, Minho dan Taemin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button