Cerita ArtisHiburan

Sepatutnya ‘Due Date’ 2020, Nina Iskandar Selamat Bersalin Anak Sulung

Pelakon Nina Iskandar menyatakan dia sudah selamat melahirkan anak sulungnya, pagi tadi. Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Nina walau bagaimanapun tidak menyatakan jantina bayinya itu.

Anaknya selamat dilahirkan pada jam 9.25 pagi tadi. Menerusi kapsyen yang ditulisnya, Nina menjelaskan anaknya lahir tidak cukup bulan seperti mana ‘due date’ yang dijadualkan pada tahun hadapan.

“Awak sepatutnya lahir pada 2020 namun ibu percaya Allah sebaik-baik perancang. Awak adalah tanggungjawab ibu sekarang dan ibu berjanji akan sentiasa melindungi dan menjagamu sehingga nafas terakhir ibu,” tulis Nina.

Ruang komen ‘posting’ itu turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis seperti Lisa Surihani, Sharnaaz Ahmad, Azira Shafinaz, Ika Nabella, Puteri Aishah dan Vicha J-Born.

Aktres berasal dari Brunei itu mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah, Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Nina Iskandar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button