• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Shalma Eliana Bangkit Lepas Patah Kaki, Pertaruh Single Mahukah Kamu

Selepas mengalami kecederaan di bahagian tumit kaki akibat insiden jatuh balkoni kediamannya pada Ogos lalu, penyanyi Shalma Eliana kini bersedia menawan kembali industri seni suara tanah air dengan single terbaharunya, Mahukah Kamu.

Menurut anak jati Kuala Lumpur berusia 19 tahun itu, Mahukah Kamu dicipta bertujuan untuk memperkasakan kaum wanita.

“Kekuatan single ini terletak pada mesej yang cuba disampaikan iaitu seorang wanita tidak perlu meletakkan harapan terlalu tinggi untuk seseorang yang tidak menghargai mereka dalam perhubungan yang dijalinkan.

“Amat penting untuk seseorang wanita itu mempertahankan maruah mereka dan menetapkan pendirian diri. Ini kerana wanita sering dianggap sebagai insan yang lemah sedangkan mereka tidak,” katanya.

Mahukah Kamu merupakan ciptaan Alif turut menampilkan Fariz Jabba yang membuat kemunculan istimewa.

Lagu tersebut sudah boleh dilayari menerusi semua aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, Joox, KKBOX dan Apple Music. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend