• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Siti Nurhaliza Sekat Akaun Bawa Pengaruh Negatif Di Instagramnya

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata beliau kini mengambil pendekatan menyekat mana-mana akaun Instagram yang membawa pengaruh serta unsur negatif ke dalam media sosialnya.

Baru-baru ini, nama Siti sekali lagi menjadi topik hangat selepas berkongsikan video anaknya, Siti Aafiyah berenang dalam kolam mendapat kritikan daripada netizen yang menyelar tindakannya membenarkan Aafiyah berenang menggunakan pelampung pada bahagian leher.

“Saya sekarang memang akan sekat akaun-akaun yang bawa pengaruh negatif ke laman Instagram saya.

“Kita boleh tahu kalau niat dia komen itu sekadar mahu memberikan aura negatif memang saya akan terus sekat.

“Kalau kita muat naik benda yang baik pun, pasti akan ada sahaja orang yang bawa unsur-unsur negatif ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Siti ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu SimplySiti, Kosmetik Gold Edition di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai puterinya yang kini hampir mencecah usia empat bulan, Siti berkata dia cuba mengikut pesanan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa agar mengurangkan muat naik mengenai anak mereka di laman sosial.

“Saya rasa belum masanya lagi untuk terlalu berkongsi mengenai Aafiyah. Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif… Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

“Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati,” ujarnya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan seninya Siti bakal merakamkan sebuah single ciptaan Hael Husaini pada bulan September ini.

Lagu yang masih belum mempunyai judul itu dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend