Cerita ArtisHiburan

Sofi Jikan Akui Tiada Masalah Hubungan Dengan Farid Kamil

Pelakon Sofi Jikan mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai penahanannya berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 oleh adiknya, Shaiful Jikan pada jam 12.45 tengah hari tadi di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Datuk Farid Kamil ada berhubung dengannya selepas kejadian itu, Sofi berkata, “No komen, saya tiada masalah dengan sesiapa pun.”

“Saya belum disabitkan bersalah. Harap pihak media tulis yang baik-baik,” katanya ketika ditemui sewaktu dibawa keluar dari kompleks mahkamah.

Terdahulu, Sofi mengaku tidak bersalah atas dakwaan penyalahgunaan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) ketika pertuduhan dibacakan oleh Majistret Nurulhuda Zakariya pada jam 10.10 pagi tadi.

Hakim kemudiannya menetapkan 14 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit.

Sofi didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Peguam Sofi, Datuk Haniff Hassan berkata mereka menyerahkan segalanya kepada proses mahkamah selepas ini dan berharap perbicaraan melibatkan aktor itu akan berjalan lancar kelak.

“Kami yakin dengan proses keadilan ini akan beri perbicaraan yang adil kepada semua. Kita harap semua berjalan dengan baik nanti,” katanya.

Ditanya perancangannya selepas ini, Sofi berkata dia akan kembali ke set penggambaran Polis Evo 2 di Port Dickson esok. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button