• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Suami Akui Sudah Ceraikan Lufya Menerusi Aplikasi WhatsApp

Suami kepada selebriti Lufya Omar, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, mendedahkan dia kini bukan lagi bergelar suami kepada pelakon tersebut.

Memetik MHE, Dr. Che Hafiz menjelaskan dia sudah melafazkan talak cerai minggu lalu menerusi aplikasi WhatsApp selepas rundingan untuk menjernihkan kembali hubungan rumah tangga mereka menemui jalan buntu.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.

“Biarlah kami sahaja yang tahu punca penceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum. Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain. Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain,” kata Dr. Che Hafiz.

Lufya, 34, sebelum ini menerusi laman Instagramnya, ada memuat naik luahan perasaan yang mendakwa dirinya sering dipukul dan dianiaya oleh suaminya.

Lufya dan suami diijabkabul pada 26 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend