• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Sudah Tentu Akan Ada Pengganti – Sam Bunkface Komen Isu Kahwin

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam pastinya tidak ketinggalan disoal mengenai perancangannya untuk menamatkan zaman duda.

Sam bercerai dengan bekas isterinya, Aida Azira Husin sejak Januari lalu dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Maleeq yang kini berusia tiga tahun.

Mengulas mengenai hal itu, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 32, berkata, “Mestilah siapa tak nak (kahwin). Sudah tentu akan ada pengganti. Kalau ada rezeki ada jodoh, why not. Kahwin kan satu perkara yang baik.”

Sam ditemui KopiPlanet.com pada majlis sidang media Konsert Hausboom Music 2019 yang diadakan di Saro Lounge, Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan bekas isteri, namun Sam berkata hubungan mereka masih baik dan profesional demi kebaikan anak tunggal mereka.

“Alhamdulillah hubungan saya dengan bekas isteri baik dan kami profesional demi membesarkan Maleeq. Kami bergilir-gilir jaga Maleeq,” katanya lagi.

Menurut Sam lagi, perkahwinan terdahulu banyak mengajarnya untuk menjadi lebih bersabar dan walaupun pernah melalui kegagalan, Sam terus positif dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Banyak sebenarnya saya belajar daripada kegagalan perkahwinan dahulu, antaranya kita perlu sentiasa bersabar dan apa-apa pun yang jadi, life must go on,” kata Sam lagi. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Sam Bunkface

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend