Cerita ArtisHiburan

Syawal Kali Ini Fattah Teruja Sambut Dengan Isteri Tercinta

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin melahirkan perasaan teruja menyambut kedatangan Syawal tahun ini memandangkan sudah bergelar suami kepada pelakon Nur Fazura Sharifudin.

Menurut Fattah bersempena dengan kehadiran insan tersayang dalam hidupnya, dia juga telah mengeluarkan sebuah single raya, Syawal Kali Ini untuk dijadikan halwa telinga buat peminat setianya.

“Salah satu sebab kenapa saya keluarkan tajuk Syawal Kali Ini kerana ia menggambarkan syawal kali ini saya dah ada isteri. Bagi setiap orang, syawal kali ini pastinya memberikan definisi dan pengertian berbeza buat diri masing-masing.

“Sekarang saya menyambutnya bersama isteri di sisi selain ahli keluarga dan sanak saudara. Raya pertama hari itu kami terlebih dahulu beraya di Kuala Lumpur di rumah nenek sebelah ibu saya, kemudian baru kami bergerak ke kampung halaman isteri di Pekan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Fattah dan Fazura yang digelar pasangan Fattzura oleh peminat setia mereka, diijabkabulkan pada 27 November tahun lalu di sebuah hotel di ibu kota.

Hubungan mereka terjalin selepas sama-sama berlakon dalam drama arahan Michael Ang berjudul Hero Seorang Cinderella.

Muncul dengan single raya, Fattah turut bergelar pengarah muzik video lagu tersebut dan yang menariknya, Fattah turut menampilkan kedua ibu bapanya dalam video berkenaan.

“Daripada saya ambil orang lain, baik saya ambil ayah dan ibu saya berlakon dalam muzik video itu sebab selama ini mereka merupakan individu yang sentiasa menyokong kerjaya saya dari mula saya menceburi bidang seni.

“Untuk lagu Syawal Kali Ini saya masih menggunakan khidmat Aizat Amdan dan Mel Ramlan selaku komposer dan penulis lirik lagu ini. Saya senang bekerjasama dengan mereka sejak dari lagu Wanita Terakhir dan Cinderella lagi,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button