Cerita ArtisHiburan

Tampil Single Baharu, Farahdhiya Harap Tegar Jadi Siulan Ramai

‘Berhantu’ dengan lagu Bertakhta Di Hati, Farahdhiya Mohd Amin, 36, berharap magis yang sama akan terus kekal dengan lagu terbaharunya yang berjudul Tegar.

Merupakan hasil ciptaan komposer duo yang semakin meningkat naik iaitu Farouk Roman dan Amylea Azizan, Farahdhiya berkata dia sememangnya menantikan sebuah lagu balada yang dapat menepati citarasa penggemar muzik tanah air.

“Tegar merupakan lagu bergenre balada. Seronok dapat rakam lagu balada untuk single terbaharu sebab peminat sentiasa bertanya bila saya nak rakam lagu balada. Alhamdulillah, dapat lagu bagus dan ‘best’. Diakui, saya teruja dan berharap untuk yang terbaik.

“Lagi pula, peminat sudah lama tunggu lagu balada daripada saya sebab mereka ingat saya daripada lagu Bertakhta Di Hati. Jadi, mereka mahu lagu balada yang bagus daripada saya. Harapnya, lagu ini boleh berjaya dan memikat hati pendengar,” ujarnya.

Menurut Farahdhiya, ia juga menjadi satu rezeki buat dirinya apabila dapat bekerjasama dengan komposer hebat seperti Farouk dan Amylea untuk single berkenaan.

“Pada saya ini memang merupakan rezeki buat diri saya kerana ramai yang tahu bahawa Farouk dan Amylea antara komposer yang memang tengah ‘in’. Saya sangat gembira dan bangga dapat bekerja dengan mereka.

“Sejujurnya, genre balada adalah jiwa saya. Bagi saya, genre ini yang terbaik buat saya. Menerusi genre ini, kita dapat berkarya dari segi nyanyian. Jadi, dari segi vokal kita boleh tunjuk kemampuan.

“Lagu ini dirakam beberapa minggu lalu. Dua hari selepas dapat lagu, saya terus rakam. Masa untuk belajar lagu tak lama, tapi saya cuba urus dalam tempoh itu untuk belajar macam mana nak stail dan warnakan lagu itu mengikut lenggok saya sendiri,” katanya.

Lirik video rasmi lagu Tegar telah dilancarkan secara rasmi sejak Jumaat lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Serentak dengan itu, lagu terbitan Seventeen Eleven Music ini juga boleh distrim dan dilanggan di semua platform aplikasi penstriman muzik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button