
Tanpa Jonghyun, SHINee Tetap Teruskan Konsert Jelajah
Kumpulan K-Pop SHINee membuat keputusan untuk meneruskan siri konsert jelajah mereka yang akan bermula Februari depan meskipun mereka baharu kehilangan seorang ahli, Jonghyun.
Meskipun tanpa Jonghyun, SHINee bersepakat meneruskan siri jelajah SHINee World The Best 2018: From Now On.
Kumpulan yang dianggotai Onew, Minho, Key dan Taemin ini akan memulakan konsert jelajah di Jepun terlebih dahulu sebelum mengelilingi negara Asia yang lain.
Menurut Minho ini merupakan keputusan yang tepat dibuat mereka bagi menunaikan janji kepada peminat setia mereka.
“Tiada siapa yang boleh menggantikan Jonghyun, kami akan bersedia dari segala segi untuk konsert jelajah ini dan ingatan kami tidak akan pudar terhadap Jonghyun,” katanya memetik kenyataan di laman rasmi pengurusan mereka.
Berita kematian Jonghyun menggemparkan peminat seluruh dunia apabila dia ditemui mati bunuh diri di kediamannya di Seoul, Korea Selatan pada 18 Disember lalu. – KopiPlanet.com