AntarabangsaHollywood

Taylor Swift Beli Rumah RM163 Juta Untuk Dekat Dengan Kekasih

Ramai menyangkakan penyanyi terkenal Taylor Swift akan membeli kediaman di kota New York, Los Angeles atau di kampung halamannya, Nashville, Amerika Syarikat.

Namun itu semua tersasar jauh apabila penyanyi berusia 29 tahun itu mengambil keputusan untuk membeli kediaman mewah di utara London untuk berada lebih dekat dengan kekasihnya yang berketurunan British, Joe Alwyn.

Penyanyi Shake It Off itu dikatakan menyuruh pasukannya mencari satu kediaman idaman di kota London bagi tujuan tersebut.

Taylor dikatakan tidak kisah berbelanja besar agar sentiasa dapat bertemu buah hatinya itu selain sukakan kehidupan tenang di sana.

“Taylor sukakan London yang mana dia rasa boleh menjalani kehidupan normal tanpa diganggu di sana. Dia sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk beli rumah di lokasi tersebut kerana dia harap dapat berkahwin dengan Joe dan menghabiskan masa mereka di sana,” kata satu sumber memetik Metro UK.

Taylor juga dikatakan ingin mengubah suai sendiri rekaan dalaman kediaman baharunya itu selain mahu ada dua bahagian dapur kerana ingin mengasah bakat memasak yang cukup diminatinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button