AntarabangsaHollywood

Teman Lelaki Arab Saudi Penyebab Rihanna Dah Tidak Suka Berparti

Sejak menjalinkan hubungan istimewa dengan bilionaire Arab Saudi yang bernama Hassan Jameel, penyanyi antarabangsa Rihanna dikhabarkan sudah lagi tidak suka berparti bersama rakan-rakan rapatnya.

Sebaliknya, penyanyi lagu Umbrella itu lebih suka menghabiskan masa lapangnya dengan berehat di rumah bersama Hassan.

“Rihanna masih lagi suka menghadiri majlis keraian namun sudah lagi tidak sekerap dulu.

“Dia kini lebih suka memerap di rumah dengan menghabiskan masa berkualiti bersama Hassan selain pergi menikmati makan malam romantis berdua di restoran berdekatan kediamannya,” kata sumber memetik majalah Britain’s Reveal.

Sejak mengumumkan bercinta dengan Hassan pada tahun lalu, Rihanna nampaknya semakin bersemangat mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila bisnes produk kecantikannya, Fenty Beauty menjadi bualan hangat dan laris terjual di kalangan peminat setianya dari seluruh dunia.

Selain sibuk dengan kerjaya nyanyian dan perniagaannya, Rihanna kini sedang menunggu tayangan filem lakonannya berjudul Ocean’s 8 pada 8 Jun ini.

Selain Rihanna, filem itu turut dibintangi Sandra Bullock, Cate Blanchett dan Anne Hathaway. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button