• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Terlibat Jenayah Gangguan Seksual, Panic! At The Disco Buang Gitaris

Band Panic! At The Disco telah menyingkirkan gitaris mereka, Kenny Harris selepas dia dilaporkan terlibat jenayah gangguan seksual.

Menerusi pengumuman yang ditulis di laman Twitter kumpulan itu, Kenny tidak lagi akan bermain untuk mereka disebabkan masalah peribadi.

Kenny dipercayai meminta gambar lucah daripada peminat perempuannya yang berusia 16 tahun menerusi aplikasi Snapchat. Pihak polis kini masih menyiasat dakwaan yang dikemukakan oleh gadis tersebut.

Selain Kenny, PATD turut dianggotai vokalis, Brendon Urie, pemain drum, Dan Pawlovich dan pemain bass, Nicole Row.

Kenny menyertai PATD sejak 2013 bagi menggantikan gitaris terdahulu, Spencer Smith yang mengundurkan diri disebabkan masalah kesihatan.

PATD kini sedang sibuk dengan konsert jelajah bagi album terbaharu mereka yang berjudul Pray for the Wicked. Single pertama, High Hopes kini mendapat sambutan yang hangat dan muzik videonya sudah pun mencatat jumlah lebih 21 juta tontonan di laman Youtube. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend