Cerita ArtisHiburan

Tiada Bunga-Bunga Cinta, Pu Riz Rapat Dengan Neelofa Sebab Kerja

Pelakon dan Pencetus Ummah (PU) Riz menegaskan dia hanya berkawan dengan pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa Mohd Noor dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Neelofa.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, dia kelihatan rapat dengan Neelofa hanya kerana dasar kerja semata-mata.

“Saya dah lama kenal dengan Neelofa dan saya dipanggil atas dasar kerja. Kami bekerjasama dalam satu usaha dakwah sahaja, nak buat benda baik, galak orang buat ibadah korban.

“Saya tidak mahu sebarang kontroversi mengenai perkara ini, kita nak buat kerja baik, kerja agama,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis tayangan filem Ada Apa Dengan Dosa yang diadakan di E-Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Ada Apa Dengan Dosa yang diterbitkan Pencil Pictures Sdn. Bhd. itu dibintangi PU Riz, Wanna Ali, Ashraf Muslim, Fasha Sandha dan Adam Corrie.

> Baca: Filem Dijual Dalam E-Dagang, Penerbit AADD Teruskan Saman RM50 Juta

Menurut PU Riz lagi, dia enggan memberikan komen mengenai status dirinya pada ketika ini dalam kamus hidupnya tidak pernah ada istilah teman wanita.

“Nak mengenali seseorang itu saya tiada masalah cuma tiada istilah girlfriend dalam Islam. Nak mengorat wanita itu bukan style saya.

“Tentang netizen yang suka tengok saya dengan Neelofa bersama itu saya tak boleh nak buat apa sebab kita tak boleh nak kawal apa yang mereka nak katakan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, PU Riz kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 2, Wangsa Maju.

“Saya seronok menjalani latihan amali dan insyaAllah kalau ada rezeki saya, saya nak terus sambung mengajar sebab ia pekerjaan mulia, kita berkongsi ilmu dengan anak murid.

“Ada di antara anak murid saya yang beragama Hindu nampak berminat nak dalami Islam, saya bangga dengan perkara itu,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button