AntarabangsaHollywood

Trofi Oscar Frances McDormand Dicuri Ketika Hadiri Post Party

Baharu sahaja dilanda kegembiraan memenangi kategori utama Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar, Frances McDormand terpaksa berhadapan dengan insiden di mana trofinya telah dicuri individu yang tidak bertanggungjawab.

Trofi yang berharga buat setiap pelakon itu dilaporkan dicuri seorang lelaki bernama Terry Bryant yang telah ditahan pihak berkuasa semalam.

Modus operandi Terry dikatakan dia telah menukar trofi milik Frances dengan sebuah patung ketika trofi itu ditinggalkan tanpa penjagaan di meja yang diduduki pelakon filem Three Billboard Outside Ebbing, Missouri itu.

Perbuatan suspek itu kemudian disedari salah seorang jurugambar yang kemudiannya menghalangnya daripada melarikan diri.

Suspek dikatakan menerima jemputan menghadiri majlis jamuan selepas Oscar melabuhkan tirainya.

Walaupun trofinya hampir dilarikan, Frances dikatakan enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap suspek. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button