• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Troye Sivan Bengang Ditanya Soalan Mengenai Aktiviti Seksnya

Walaupun mengakui dia merupakan seorang pengamal hubungan sejenis, namun penyanyi Troye Sivan baru-baru ini meluahkan amarahnya terhadap soalan sensitif yang ditanya seorang wartawan terhadap dirinya.

Seorang wartawan majalah bertanyakan kepada Troye adakah dia seorang gay yang berposisi ‘top’ atau ‘bottom’ dengan teman lelakinya, pelakon Jacob Bixenman, tersentak dengan soalan itu Troye memberi respons, “Ooo.. sudah pasti saya tidak akan menjawab.”

Tidak terhenti di situ, penyanyi lagu Youth itu kemudiannya memuat naik di status Twitter miliknya mengkritik soalan wartawan tersebut dengan menulis, “Selepas dia tanya saya soalan ‘mengarut’ saya rasa macam hendak tanya dia balik posisi seks apa yang dia paling suka tapi bila fikirkan balik soalan itu adalah sangat tidak sopan untuk diajukan, jadi saya tidak membalasnya begitu.”

Mengakui bangga dengan orientasi seksnya, Troye bagaimanapun berkata dia tidak suka untuk membicarakan tentang aktiviti seksualnya secara terbuka kepada orang luar. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend