Cerita ArtisHiburan

Ucapan Sweet Jep Untuk Birthday Isteri Tersayang

Pasangan selebriti popular Jep Sepahtu dan Sariyanti sering kali menjadi perhatian peminat setia mereka.

Terbaharu, ucapan sweet Jep sempena ulang tahun ke-33 kelahiran Sariyanti ini berjaya menangkap hati netizen yang merasakan mereka merupakan antara pasangan selebriti Malaysia paling serasi dan romantik.

Dalam ucapannya Jep menulis, “Selamat ulang tahun kelahiran buat kamu yang sentiasa menyenangkan hati. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan kebahagiaan dunia dan akhirat, sentiasa berada di dalam perlindungan serta rahmatNya. Terus istiqamah di jalanNya kerna Dia tidak pernah memungkiri janji. Happy birthday sayang!! @sariyanti.”

Sariyanti turut sama memuat naik gambarnya bersama Jep dan kek birthdaynya, sambil berterima kasih di atas setiap doa yang dikirimkan oleh pengikut di laman Instagramnya.

Alhamdulillah pada 9 November meningkat lah usia kakak setahun lagi.. that makes me 33 years old today. Tak ada perkataan yang dapat di ungkap untuk rasa bahagia di atas doa doa kalian semua. Alhamdulillah.. terima kasih. Sari juga mendoakan semua agar bebas dari perasaan berdukacita dan selalu tenang di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. . .. .. Terima Kasih pada Suami tercinta @jepsepahtu untuk doa yang berpanjangan , keutamaan, perhatian dan kasih sayang.. walaupun masa bukan kawan diwaktu ini , namun Allah swt selalu beri dia jalan untuk sentiasa membahagiakan.. . . Terima kasih Pada keluarga yang pandai bersubahat dengan sang suami untuk kejutan yang menggirangkan hati.. . . . Terima kasih pada sahabat handai yang tak putus putus call dan mendoakan.. Tak kurang juga pada yang lupa tapi akan call kakak lepas baca post ni.. ai tetap sayang πŸ˜‚ Special thanks – ( @nurhidayahbahar – kakak datang rumah dia untuk raikan dia sebab berjaya dapat Phd .. dia pulak surprise kan kakak sambut birthday kakak. .. awal 4 hari surprise dia. Bertuah nya rasa hati punya sahabat macam ni. Ini insyaallah sampai akhir nanti. Sejati. ) loves you babe. . . . . Of course tak lupa: Terima Kasih pada yang followers kakak yang sering memerhatikan, mendoakan dan tafsirkan gembiranya hati semua atas kesihatan dan kebahagiaan kakak awak ni πŸ€— . Kadang kadang kakak perhatikan awak semua juga.. . . Kakak nak ambil peluang ni bukan sekadar untuk berterima kasih. Tapi juga nak mohon maaf andai ada salah silap. ( tetiba mood raya).. lol πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚- thank u again everyone.Β  Insyaallah i will be better me.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Pelakon kecil molek ini turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada followers-nya sekiranya ada salah silap daripada pihaknya selama ini.

Jep dan Sariyanti bernikah pada 25 Februari lalu di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana selepas menjalin cinta sejak terlibat dalam penggambaran sitkom J.K.K. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button