Cerita ArtisHiburan

Upiak Berlakon Dua Filem, Bakal Keluar Single Baru

Penyanyi Indonesia yang cukup popular dengan lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil bakal tampil dalam dua filem Indonesia yang kini dalam proses pembikinan.

Menurut Upiak, tawaran itu diterima memandangkan watak yang dimainkan sesuatu yang cukup menarik untuk dilepaskan olehnya.

“Saya dapat tawaran berlakon dua filem, satu filem itu memerlukan watak saya seperti makcik-makcik bawang yang suka bergosip dan yang lagi satu filem, saya jadi ibu yang mencari anak hilang.

“Sebelum ini saya memang pernah berlakon dalam sinetron jadi saya tidak kekok untuk berlakon dalam nashkah kali ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Selain itu, Upiak turut berkata dia akan keluar dengan single terbaharu berjudul Aplikasi Kamera Menipu yang diinspirasikan daripada aplikasi kamera telefon pintar yang suka ‘menipu’ wajah seseorang.

“Saya dapat idea ini menerusi penggunaan filter di telefon pintar lalu terhasillah lagu ini. Sekarang ramai yang menipu dengan gunakan filter di telefon tapi bila jumpa depan-depan lain sama sekali. Itu mesej yang cuba saya sampaikan dalam lagu ini.

Aplikasi Kamera Menipu akan dirakamkan dalam tiga bahasa berbeza iaitu bahasa Indonesia, bahasa jawa dan bahasa minang untuk memberikan lebih variasi kepada peminat lagu bergenre dangdut

Menurut Upiak dia berharap Aplikasi Kamera Menipu ini akan mendapat sambutan hangat seperti mana Tak Tuang Tuang yang mencipta fenomena tersendiri di Indonesia dan Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button