Cerita ArtisHiburan

Uqasha Tak Tertekan Soal Kahwin, Mahu Lelaki Kuat Pegangan Agama

Pelakon Uqasha Senrose mengakui tidak berasa tertekan apabila sudah ramai bertanyakan bila gilirannya akan mendirikan rumah tangga selepas adiknya, Nelydia Senrose membuat pengumuman bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menurut Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 27, dia tidak mahu terburu-buru menamatkan zaman bujang semata-mata desakan orang sekeliling, sebaliknya ingin mencari bakal suami yang mampu membimbingnya pada masa akan datang.

“Saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya bila pula giliran saya (untuk berkahwin). Lagipun saya tidak kisah kalau Nelydia kahwin dulu ssebab jodoh dia sudah sampai dan saya gembira untuk dia.

“Malah, saya tidak sangka pula video baling bunga semasa majlis ‘bridal shower’ Nelydia menjadi viral. Kisahnya, dalam ramai-ramai itu, saya seorang sahaja yang tiada pasangan lagi, jadi mereka sengaja beri ruang kepada saya untuk dapatkan jambangan bunga itu,” katanya kepada KopiPlanet.com

Uqasha ditemui pada majlis tayangan media Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang di GSC The Gardens, Kuala Lumpur semalam.

Pelakon kelahiran Kelantan itu juga mengatakan dia tidak kisah mengenai soal pangkat atau status bakal suaminya, asalkan si dia merupakan seorang yang memahami karier seninya selain seorang yang kuat pegangan agama.

“Sekarang saya dalam misi mencari calon yang sesuai, namun enggan terburu-buru sebab tidak mahu tersalah pilih. Saya juga tidak kisah mengenai status atau pangkat bakal suami asalkan dia sentiasa berusaha dalam kehidupan untuk memberikan yang terbaik.

“Saya juga kalau boleh nak lelaki yang kuat pegangan agama sebab saya percaya seseorang lelaki itu tugasnya adalah untuk membimbing isteri mereka ke jalan yang baik. Tak boleh juga kalau wanita sahaja yang ada pegangan agama, lelaki pun kena sama sebab dia yang akan mengemudi sesebuah keluarga,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan seni, Uqasha kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama arahan Michael Ang berjudul Setelah Lafaznya Akad di Melaka. Menerusi naskhah itu, Uqasha bergandingan dengan Kamal Adli. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button