
Video Penyanyi HyunA Tanggal Baju Atas Pentas Jadi Viral
Penyanyi Korea Selatan, HyunA mengejutkan peminatnya apabila tampil seksi menerusi satu persembahan pentas baru-baru ini.
Dalam konsert Midnight Picnic Festival yang berlangsung di Gangwon-do itu, HyunA bergaya santai memakai seluar jeans baggy dengan baju crop top berwarna krim.
Di pertengahan lagu, HyunA membuat kejutan dengan membuka bajunya sebelum menayangkan pakaian dalamnya kepada penonton.
Video persembahan penyanyi itu kemudiannya dikongsikan di laman sosial dan setakat ini ia telah menjadi viral apabila sudah ditonton lebih sejuta peminat.
Kebanyakan peminat HyunA teruja dengan persembahannya itu sambil memuji tubuh badan langsing yang dimiliki penyanyi berusia 26 tahun itu.
HyunA mula mencipta nama sejak 2010 apabila menyertai kumpulan Wonder Girls namun jodohnya dengan kumpulan itu tidak bertahan lama apabila mereka berpecah awal tahun lalu sebelum mereka meneruskan karier solo masing-masing. – KopiPlanet.com