• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Video Jennie Tolak Permintaan Bergambar Pakai Iphone Jadi Viral

Peminat setia Blackpink yang digelar Blink mungkin perlu menukar telefon pintar anda selepas ini kepada jenama Samsung.

Ini kerana keempat-empat ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo hanya akan memegang telefon pintar jenama Samsung sekiranya peminat menghulurkan telefon untuk mereka memegang dan mengambil gambar selfie bersama-sama.

Sebuah video menunjukkan Jennie menolak untuk memegang Iphone seorang peminat yang mahu mengajaknya selfie ketika menjayakan persembahan di konsert In Your Area Tour di Los Angeles menjadi tular di media sosial.

Daripada video itu, dapat dilihat menerusi gerakan mulut Jennie dia mengungkapkan kata-kata, “No Iphone, Samsung only”. Penyanyi lagu Solo itu terpaksa menolak kerana Blackpink merupakan duta kepada telefon pintar jenama Samsung.

Jennie juga kelihatan mengingatkan Jisoo ketika rakannya itu sedang asyik mengambil gambar selfie menggunakan Iphone yang dihulurkan oleh peminat.

Blackpink yang baharu sahaja melancarkan single terbaharu, Kill This Love kini sedang mengadakan konsert jelajah di negara Uncle Sam. Baru-baru ini juga, mereka berpeluang mengadakan persembahan di festival muzik terbesar Amerika Syarikat, Coachella yang berlangsung di California. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend