AntarabangsaHollywood

Vokalis Imagine Dragons Bercerai Selepas 7 Tahun Kahwin

Vokalis kumpulan Imagine Dragons, Dan Reynolds dilaporkan sudah berpisah dengan isterinya, Aja Volkman, Khamis lalu.

Dan menerusi laman Twitternya berkongsi perkhabaran itu kepada peminatnya dengan menulis, “Selepas tujuh tahun melayari hidup bahagia bersama, perkahwinan saya dengan Aja telah berakhir.”

“Walaupun sudah bercerai, anak-anak tetap menjadi keutamaan kami dan kami akan kekal berkawan baik seperti biasa untuk anak-anak,” tulisnya.

Penyanyi berusia 31 tahun itu turut meminta peminat memberi sedikit ruang privasi kepadanya untuk menghadapi masa-masa sukar ini.

Dan dan Aja berkahwin pada Mac 2011 dan mempunyai tiga cahaya mata perempuan, Arrow Eve, 6, serta pasangan kembar, Gia dan Coco yang berusia setahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button