• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Westlife Lahir Hasrat Nak Kolaborasi Dengan Kumpulan K-Pop BTS

Nampaknya populariti kumpulan K-Pop BTS semakin menjadi-jadi apabila ramai artis Barat dilihat mahu bekerjasama dengan mereka.

Jika sebelum ini penyanyi seperti Troye Sivan, Zedd, kumpulan DNCE dan Fifth Harmony ada menyuarakan hasrat ingin berkolaborasi dengan mereka, terbaharu kumpulan popular berasal dari Ireland, Westlife turut menyatakan hasrat yang sama.

Menerusi satu program bual bicara yang diadakan baru-baru ini, Westlife mendedahkan perkara tersebut selepas ditanya hos siapakah artis dari Korea Selatan yang mereka mahu bekerjasama sekali di masa akan datang.

“BTS, jom duet! BTS dan Westlife, ia pasti mengagumkan,” kata kumpulan itu. Westlife yang popular dengan lagu Flying Without Wings dianggotai Shane Filan, Nicky Bryne, Mark Feehily dan Kian Egan.

Westlife membuat kemunculan semula dan bakal tampil dengan konsert jelajah yang akan berlangsung sepanjang tahun ini.

Terbaharu, Westlife tampil dengan single Hello My Love sebagai signal mereka bakal kembali menggegarkan dunia seni menerusi lagu hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Ed Sheeran. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend