
Zac Efron Berdepan Situasi Hidup Mati Ketika Di Papue New Guinea
Pelakon Zac Efron berdepan situasi hidup dan mati apabila dia dikejarkan ke sebuah hospital di Brisbane, Australia selepas dia dijangkiti virus Typhoid ketika melakukan penggambaran dokumentari di Papua New Guinea, baru-baru ini.
Zac dikejarkan ke hospital dengan menaiki helikopter dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital St Andrews War Memorial dan setelah mendapat rawatan, keadaannya kini dilaporkan stabil. Dia dipercayai mendapat jangkitan itu akibat pencemaran air yang diminum ketika sepanjang berada di negara tersebut.
Aktor berusia 32 tahun itu terpaksa bermalam di wad selama beberapa hari sebelum diberi kebenaran untuk terbang pulang ke rumahnya di Amerika Syarikat pada malam Krismas lalu.
Zac berada di Papue New Guinea untuk dokumentari Killing Zac Efron yang memaparkan siri realiti dirinya masuk ke hutan selama 21 hari dengan ditemani hanya seorang juru pandu arah serta barang keperluan asas.
53799
“Saya tidak berapa sihat ketika di Papue New Guinea tapi sekarang saya sudah sembuh dan penggembaraan selama tiga minggu di Papua New Guinea memang menakjubkan.
“Saya sekarang sudah berada di rumah untuk menyambut Krismas bersama keluarg dan rakan-rakan. Terima kasih untuk semua yang prihatin, jumpa anda tahun 2020!,” tulis aktor itu di Instagramnya.
Zac turut berkongsi gambarnya bersama kanak-kanak di Papua New Guinea sepanjang menghabiskan penggambaran di sana. – KopiPlanet.com



