• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Zain Ruffedge Akui Lebih Dikenali Sebagai Pelakon Berbanding Penyanyi

Sudah menjadi kebiasaan dalam bidang seni apabila seseorang yang terbabit dalam bidang nyanyian berkecimpung sebagai seorang pelakon bagi mengembangkan lagi bakat yang ada.

Namun, bagi Zain Hamid, 41, atau lebih dikenali sebagai Zain Ruffedge, dia akui kini namanya lebih banyak meniti di bibir peminat sebagai seorang pelakon, meskipun sudah hampir 22 tahun bersama kumpulan Ruffedge.

Zain mengakui apabila generasi muda kini lebih mengenalinya sebagai seorang pelakon berbanding penyanyi berikutan single terbaru berjudul “Seperti Mereka” yang dilancarkan Ruffedge pada tahun lalu.

“Bagi generasi baru, maklum balas mereka terhadap lagu terbaru kami sangat positif kerana kebanyakkan peminat Ruffedge dulu ada yang bagi mendengar anak-anak mereka mendengar lagu-lagu kami.

“Bagaimanapun, ada peminat yang berusia belasan tahun terkejut apabila mengatakan saya ini penyanyi. Malah, ada juga yang cakap Uncle Zain boleh nyanyi ye,” ujarnya kepada KopiPlanet.com

Zain ketika ditemui pada majlis pelancaran Keluarga Iskandar The Movie yang diadakan di Platinum Lounge, MMCineplexes ECurve, Mutiara Damansara semalam.

Berikutan itu, Zain tidak menyalahkan para peminatnya apabila timbul kekeliruan mengenai bidang kariernya dan dia menjelaskan kepada mereka dengan cara yang berhemah.

“Ada masa saya akan cuba terangkan atau contohnya kalau di Instagram, mungkin lepas ini saya kena throwback balik gambar lama-lama bersama Ruffedge.

“Tidak dinafikan yang mereka mungkin mengenali Ruffedge, tetapi tidak mustahil sekiranya ada yang tidak mengenali siapa ahlinya”, jelas Zain.

Sementara itu, Zain turut mengesahkan dirinya kini sudah kembali aktif semula menyanyi serta menerima jemputan membuat persembahan yang melibatkan majlis korporat serta belia dengan pembahagian masa yang perlu disesuaikan.

Selain itu, Zain tidak menafikan apabila ada sesetengah pihak mendakwa dirinya kini sudah berhenti dari bidang lakonan sebaik kembali aktif dalam bidang nyayian.

Menurutnya, buat masa ini dia masih lagi terus berlakon seperti biasa dan tetap memberi komitmen pada kedua-dua bidang tersebut. – KopiPlanet.com

Artikel: Fatin Marzuki
Pelajar Praktikal Uitm Puncak Perdana

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend