AntarabangsaHollywood

Zayn Malik Terima Kecaman Lepas Akui Tak Amalkan Ajaran Islam

Penyanyi Zayn Malik menerima kecaman hebat daripada netizen selepas mengakui sudah tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan sehariannya.

Zayn, 25, baru-baru ini menerusi satu temu bual dengan sebuah majalah mengakui walaupun dilahirkan dalam keluarga Islam namun sudah lama dia tidak bersolat dan berpuasa seperti mana yang dituntut kepada semua penganut agama Islam.

“Saya tidak percaya anda perlu bersolat lima kali setiap hari dan tidak boleh makan sesetengah daging yang diharamkan.

“Saya hanya percaya jika anda seorang yang baik dan berpekerti mulia, semua benda-benda yang baik akan datang kepada kamu,” katanya.

Bapa Zayn merupakan kacukan British dan Pakistan yang menetap di Birmigham, England sementara ibunya, warganegara Britain, Trisha memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan bapanya.

“Saya dibesarkan dengan ajaran dan kepercayaan Islam. Tapi saya hanya menjadi diri sendiri. Saya tidak mahu kehidupan saya ditentukan dengan mengikut ajaran agama atau latar belakang keluarga saya,” ujarnya lagi.

Walaupun terbuka menceritakan hal sensitif itu kepada seluruh dunia, namun pengakuan Zayn ternyata memberi kesan negatif apabila kebanyakan peminatnya yang beragama Islam menyelar kenyataannya itu.

Menurut mereka, Zayn tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu hanya kerana mahu menghalalkan cara hidupnya yang gemar minum alkohol serta berparti.

Zayn yang kini bercinta dengan model terkenal, Gigi Hadid turut tinggal serumah dengan teman wanitanya itu sejak mereka menjalinkan hubungan dua tahun lalu.

Salah seorang netizen menulis, “Saya begitu meminati awak ketika di awal kemunculan yang begitu bangga menjadi seorang Muslim. Namun kini, awak menafikan agama dan sudah tidak mempercayainya lagi, ia betul-betul mengecewakan saya. Saya harap awak dapat fikirkan kembali keputusan itu (untuk tidak amalkan ajaran Islam).”

“Baru sahaja baca kenyataan Zayn yang kata dia mahu keluar dari Islam. Adakah dengan pengakuan itu Zayn sengaja mahu memprovok umat Islam yang masih lagi percaya dan mengamalkan ajaran agama mereka. Sungguh memalukan,” tulis seorang lagi netizen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button