Cerita ArtisHiburan

Sharnaaz Titip Ucapan Manis Sempena Ulang Tahun Kelahiran Bekas Isteri

Walaupun sudah bercerai, namun hubungan baik yang ditunjukkan pelakon Sharnaaz Ahmad dengan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor wajar dicontohi setiap pasangan yang telah berpisah. ‘

Sharnaaz telah mendedikasikan ucapan buat Nabila yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36, hari ini menerusi kiriman ucapan yang romantis di laman Instagramnya.

“A happy birthday to you Nabila semoga sentiasa dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan kebahagiaan di atas muka bumi ini yang tidak bertepian.

“A warm happy birthday on a bright friday morning to a bold mother to my super hero boy Jebat Jayden,” tulis Sharnaaz.

Sharnaaz berkahwin dengan kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa itu pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya namun hubungan mereka tidak berpanjangan apabila disahkan bercerai talak satu pada 9 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini genap berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button