
Mira Filzah Kongsi Gambar Ketika Bulan Madu Di Langkawi
Pelakon yang menjadi pujaan hati ramai jejaka, Mira Filzah berkongsi gambar bulan madu bersama suaminya, Wan Emir Astar di laman Instagram miliknya.
Berbulan madu di sebuah resort mewah di pulau peranginan popular negara, Langkawi, Kedah, Mira berkongsikan pemandangan menarik sepanjang percutiannya di sana.
Foto bulan madu yang dikongsikan Mira itu telah meraih lebih daripada 420,000 tanda suka (like) sejak ia dimuat naik empat jam lalu.
Selain peminat yang teruja melihat gambar mesra Mira bersama suami, rakan selebriti turut berasa teruja melihat ‘kemanisan’ cinta pasangan pengantin baharu itu.
Antara rakan artis yang memberikan komen termasuk Zarina Zainuddin, Sean Lje, Bella Dally dan Dayah Bakar.
Mira diijabkabulkan pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pelakon filem Sangkar itu menerima mas kahwin seutas gelang emas manakala wang hantaran dirahsiakan.
Pasangan itu kemudian diraikan menerusi dua majlis resepsi yang diadakan di Le Meridien, Putrajaya dan A-Park, Puchong pada Jumaat dan Ahad lalu. – KopiPlanet.com



