• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Akhirnya… Bella Astillah Enggan Teruskan Kehidupan Dengan Aliff Aziz

Setelah dicurangi sebanyak tiga kali, akhirnya Bella Astillah nekad dengan keputusannya enggan untuk meneruskan kehidupan dengan suaminya iaitu Aliff Aziz serta mahu memulakan hidup baharu dengan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.

Menerusi entri terbaharu di Instagram miliknya, Bella mengatakan dia sudah berfikir masak-masak mengenai keputusannya demi kebaikan anak tunggalnya.

“Assalamuailakum, terima kasih di atas ingatan dan pandangan anda semua mengenai rumah tangga yang saya perjuangkan ini. Ia bukan suatu yang mudah namun saya tahu anda semua berniat baik dengan memberikan nasihat kepada saya tapi tidak kurang juga ada yang mencaci saya dengan menggelar saya sebagai orang yang paling bodoh kerana masih lagi bermati-matian nak mempertahankan rumah tangga yang dibina.

“Saya dah penat dengan semua ini dari segi fizikal dan mental dan akhirnya saya dah nekad akan meneruskan kehidupan tanpa Aliff demi untuk kebaikan dan kesejahteraan anak saya.

“Saya sangat hargai sekiranya anda semua tidak lagi menghantar DM atau menghubungi saya untuk terus-menerus berkata mengenai isu ini. Saya harap semua pihak menghormati keputusan dan dapat beri sedikit ruang kepada saya bagi mengharungi masa sukar ini. Terima kasih daripada hati tulus ikhlas saya.

“Mulakan hidup baharu dengan askar kecil saya (Ayden Adrean) dan terima kasih untuk sokongan anda terutama buat keluarga saya,” tulis Bella.

Aliff sekali lagi kantoi curang apabila gambarnya mesranya yang tidak memakai baju bersama seorang gadis tersebar, pagi tadi.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Singapura itu pernah dikatakan bermain kayu tiga dengan pelakon Afifah Nasir ketika mereka bergandingan menerusi sebuah drama pada 2017.

Awal tahun ini, nama Aliff sekali lagi terpalit kontroversi apabila dia dikatakan bermain cinta dengan pelakon baharu, Octavia Manrose apabila gambar mereka berhibur di sebuah kelab hiburan tersebar di media sosial.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend