
Anzalna Nasir Buat Kejutan, Umum Sedang Hamil Empat Bulan
Kebiasaannya jika tiba pada sambutan hari lahir, individu itu akan dikejutkan dengan pemberian hadiah dan kek daripada orang tersayang.
Tapi kali ini berlainan buat pelakon Anzalna Nasir yang memberikan kejutan dan hadiah buat semua ahli keluarganya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31, semalam.
Menerusi video yang dikongsikan aktres itu menerusi laman Instagramnya, Anzalna menghadiahkan gambar imbasan bayi yang dikandungnya kepada ahli keluarga yang kelihatan gembira dan teruja dengan perkhabaran tersebut. Anzalna kini disahkan sedang hamil empat bulan.
“Saat yang paling saya nantikan. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan bila masa yang sesuai untuk dikurniakan rezeki ini. Pada hari istimewa hari jadi saya, saya ingin berkongsikan kepada anda bahawa saya dan suami bakal menimang cahaya mata pertama.
“Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsiaNya. Tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” tulis Anzalna.
Anzalna dan suami, Mohd Hanif Zaki diijabkabulkan pada 21 Februari 2016 di sebuah hotel di ibu kota. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir