
Ariff Aziz Kongsi Gambar Dengan Gadis Ukraine, Dah Jumpa Pengganti?
Berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan kemesraan dengan seorang wanita warga asing, pelakon Ariff Aziz seakan memberi bayangan yang dia kini sudah bertemu pengganti bekas isteri, Datuk A. Aida.
Menerusi foto itu, Ariff ada memaut nama Instagram gadis kelahiran Ukraine itu yang dikenali sebagai Svetlana Oudeno Dos Santos.
Di ruangan kapsyen, Ariff atau nama sebenarnya, Wan Izma Ariff Abd Aziz, 30, menulis dia cukup menghargai usaha gadis itu yang hadir dan sudi memberikan sokongan sewaktu dia terlibat dalam pertandingan bola keranjang, baru-baru ini.
“Semoga kamu selamat sampai. Jumpa lagi nanti. Terima kasih kerana bersorak dan memberikan sokongan kepada saya ketika terlibat dalam perlawanan bola keranjang,” tulisnya.
Gadis itu kemudiannya membalas entri tersebut dengan menulis komen, “Saya rindukan awak, sayangku. Semoga kita bertemu lagi.”
Rata-rata pengikut di laman Instagram aktor itu melahirkan keterujaan mereka di atas perkongsian gambar itu malah ada juga yang mengatakan wajah gadis itu mirip seperti isteri kepada penyanyi antarabangsa, Justin Bieber iaitu Hailey Bieber.
Ariff berkahwin dengan A. Aida pada 21 Julai 2018 namun disahkan bercerai talak satu pada 25 April lalu. – KopiPlanet.com