• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Baru Putus Cinta, Luna Maya Tak Rasa Sunyi Tiada Kekasih

Pelakon Indonesia, Luna Maya menjelaskan yang dirinya tidak pernah berasa sunyi biarpun baharu sahaja beberapa bulan putus cinta dengan seorang usahawan, Reino Barack.

Menurut Luna, 35, dia enggan memikirkan mengenai hal pasangan hidup sebaliknya lebih senang untuk terus fokus dengan karier lakonannya.

“Saya tak pernah berasa sunyi biarpun tidak mempunyai teman lelaki. Buat masa ini pun saya tidak terfikir lagi untuk cari pengganti.

“Saya sentiasa sibukkan diri dengan kerja dan melancong. Saya okay sahaja hidup solo,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Luna ditemui pada majlis tayangan media filem Sabrina yang berlangsung di GSC One Utama, Damansara baru-baru ini.

Selain Luna, filem seram itu turut dibintangi Christian Sugiono dan Sara Wijayanto. Sabrina akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Oktober ini.

Pelakon kacukan Indonesia-Australia ini juga pernah dikaitkan bercinta dengan vokalis Noah, Ariel.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penyebaran semula video kontroversi yang dikatakan pelakunya adalah Luna dan Ariel, Luna berkata, “Saya tidak mahu komen. Jika saya beri kenyataan, nanti perkara itu akan diungkit lagi.” – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend