Cerita ArtisHiburan

Bengang Dikutuk, Fasha Nak Jumpa Netizen Nak ‘Kakikan’ Mukanya

Tidak dinafikan apa sahaja yang dilakukan selebriti pasti akan mendapat perhatian meluas daripada peminat dan pengikut laman sosial mereka.

Terbaharu, pelakon Fasha Sandha tidak dapat menahan perasaan ‘amarahnya’ terhadap seorang wanita yang memberikan komen di laman Instagramnya.

Menerusi komen itu, wanita yang juga ibu kepada dua anak itu berkata dia tidak menyukai tindakan Fasha yang menggayakan baju paras dada seperti mana yang dikongsikannya di Instagram.

Bengang dengan komen itu, Fasha bertindak memuatnaik foto wanita tersebut bersama dua anaknya di entri Instagram beserta luahan hatinya terhadap perkara tersebut.

“Macam ni ya bahasa seorang wanita muslimah, berhijab, juga seorang mak yang dah ada anak? Saya tau saya buruk. Sbb tu saya kata i embrace my flaws. Kalau tak faham, bukak kamus pls. Fahami apa itu erti FLAWS. Ok? Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni? Awak nakkan perhatian kan? Saya bagi perhatian pada awak now ya wahai saudara islamku. Awak nak kaki kan saya ? Jom jumpa saya esok?

“Saya letak muka saya kat kaki awak, sila buat kalau berani. Awak tu ada anak2, awak belum tau apa akan jadi pada anak2 awak. Saya ni sebenarnya takde masa untuk haters, tapi sbb kakak ni mmg nakkan perhatian, nak kaki kan saya, lets meet up. Siapalah kakak ni kan? Memalukan kaum orang berhijab, kata2 tidak seperti penampilan. Apapun , terima kasih ya Kakak. All the best to you โœŒ๏ธ Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak off comment ke nak bukak komen ke nak buat apapun, u tak payah sibuk.

“Pegi jaga laki dan anak2 awak. Saya takut anak2 dan keluarga u MALU dengan kata2 awak ni wahai Monaliza Razali
Tak suka kita, tapi follow kita, suka nak ambik tau pasal kita, nakkan perhatian, i bagi promosi percuma pada U ya kak. Biar followers u bertambah ๐Ÿ˜Š Ini insta ikhlas dari saya. Saya tengah cuti ni, saya ni jarang ada hari cuti. Saya ada banyak masa hari ni. Oh ya, Sesiapa yang mengenali wanita berhijab muslimah sejati ni atau suami dia atau keluarga dia, tolong kirim salam. Terima kasih ๐Ÿ˜Š

“Ingat ya… jangan ingat kami ni artis, kami tak berhak nak bersuara ๐Ÿ˜Š berhenti MEMBULI ARTIS k,” tulis aktres tersebut.

Fasha sebelum ini memuat naik satu video memperlihatkannya memakai baju paras dada berwarna nude atas komitmen kerja.

Ibu kepada Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma kemudiannya menutup ruangan komen terhadap video tersebut bagi mengelakkan pengikutnya menulis apa-apa komen. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button