• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Bonus Sebagai Hadiah, Terpulang Pada Yang Memberi” – Hairul Azreen

Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen menyatakan pemberian bonus adalah sebagai satu bentuk hadiah yang diberikan kepada oleh pihak majikan kepada pekerja.

Hairul berkata, untuk filem Paskal yang mendapat kutipan sehingga RM30 juta, sekiranya mendapat bonus itu adalah rezeki kepada para pelakon.

“Bagi saya bonus itu adalah hadiah. Misalnya kalau satu syarikat itu nak beri sejumlah amaun sebagai bonus dan kita sebagai pekerja akan terima apa yang diberikan.

“Sebagai contoh, kalau saya beri sesuatu hadiah itu kepada seseorang. Takkan orang yang menerima hadiah itu hendak pertikaikan hadiah yang diterima,” ujarnya.

Hairul berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Malam Penghargaan Filem Paskal bersama pelakon, penerbit dan produksi yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga menyatakan perasaan terkejutnya apabila filem lakonannya itu mendapat kutipan sehingga RM30 juta.

Ujarnya, tahun 2018 merupakan tahun yang amat bertuah buat dirinya kerana selain Paskal, sebuah lagi filem lakonannya iaitu Polis Evo 2 turut mendapat sambutan hangat.

“Sudah tentu saya gembira apabila kedua-dua filem lakonan saya berjaya meraih kutipan yang tinggi. Berkenaan filem Paskal, saya sudah lakukan yang terbaik.

“Berkenaan dengan sambungan pula, memang ramai yang minta supaya ia disambung. Bagaimanapun, ia semua terpulang kepada pihak penerbit,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend