Cerita ArtisHiburan

Boy Iman Tak Kecewa Blok 404 Kurang Dapat Sambutan

Selepas seminggu ditayangkan, penerbit dan pelakon filem Blok 404, Datuk Dr Boy Iman berkata kutipan filem itu setakat ini cukup membanggakan biarpun tidak mencecah seperti target yang ditetapkannya sebelum ini.

Boy Iman sebelum ini meletakkan sasaran sebanyak RM5 juta bagi kutipan filem yang diarahkan oleh Isma Yusoff itu.

“Setakat ini kutipan agak menggalakkan dan tidak memalukan buat saya. Tapi berdasarkan kepada statistik sekarang, nak dapat RM1 juta itu agak payah.

“Tapi saya bersyukur filem ini mendapat sambutan baik daripada peminat. Itu yang lebih penting,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Boy Iman ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Empire Film Solution di Finas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Blok 404 yang mula ditayangkan sejak 28 Jun lalu dibintangi Amar Asyraf, Nadia Brian, Nur Risteena, Raja Azrey, Zamarul Hisham dan Boy Iman.

Sementara itu, Boy Iman berkata beliau mempunyai perancangan untuk menerbitkan pula filem Kem 505.

“Selepas ini saya ada perancangan untuk terbitkan filem Kem 505. Filem ini berlainan dengan jalan cerita DVD Kem 505.

“Kalau boleh saya nak kekalkan barisan pelakon asalnya seperti Nabila Huda, Zamarul Hisham dan Raja Azrey.

“Untuk Blok 404 ini pun sebenarnya saya nakkan Nabila berlakon memandangkan dia pelakon asal DVD Blok 404. Tapi disebabkan dia terikat dengan komitmen kerja lain pada masa itu, jadi dia terpaksa menolak.

“Saya teruja nak buat Kem 505 bila dapat maklum balas daripada penonton yang mengatakan Blok 404 merupakan satu filem yang berani keluar daripada kepompong filem lain. Mereka kata kami berani buat filem macam ini,” katanya lagi.

Blok 404 yang diterbitkan oleh DBI Entertainment ini menelan kos sebanyak RM800,000. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button