
“Bukan Pakaian Saya Bemasalah, Hati Mereka Kena Betulkan Dulu” – Zizi Kirana
Sering kali dikaitkan dengan imej seksi dan mengghairahkan, penyanyi Nur Fazelah Mad Tahil atau Zizi Kirana, 35, mengatakan dia sudah lali dengan kecaman yang diterima daripada netizen.
Menurutnya, sepanjang dia menggenakan tudung ketika bulan Ramadan lalu, dia juga tidak terlepas daripada sering menerima ‘Direct Message’ (DM) berunsur lucah.
“Walaupun saya pakai tudung pada Ramadan lalu, ada yang masih hantar mesej-mesej lucah. Jadi, bukan pakaian saya yang bermasalah, sebaliknya hati mereka yang bermasalah.
“Mereka kena betulkan hati mereka dahulu, janganlah sakit jiwa sangat. Saya tidak mahu dedahkan identiti mereka, biar mereka terkurung dengan kemurungan mereka,” katanya.
Zizi ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video lagu tema Festival Star Vendors, Starlela yang berlangsung di Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur semalam.
Menyifatkan perkara itu berkait dengan masalah hati, Zizi berkata dia mengambil pendekatan tidak mahu mendedahkan identiti mereka yang ‘sangap’ berbual lucah dengannya.
Malah penyanyi kelahiran Semporna, Sabah itu turut menyatakan ramai budak-budak yang masih bersekolah menghantar mesej berbaur lucah kepadanya untuk melihat ‘asetnya’.
Dalam pada itu, untuk perkembangan karier nyanyiannya, kini Zizi tampil dengan lagu baharu menerusi trio bersama
Ifa Raziah dan Bella Astillah menerusi lagu Starlela.
Zizi yang terlibat dalam perniagaan kebaya akan turut serta dalam Festival Star Vendors yang akan berlangsung di Sabah pada 3 dan 4 Ogos ini. – KopiPlanet.com



