• FOLLOW US

Barisan Pelakon Pinjamkan Hatiku Terjah Lembah Klang

Barisan pelakon filem Pinjamkan Hatiku yang memulakan tayangan semalam di pawagam seluruh negara bakal membuat sesi road tour di Lembah Klang pada 2 dan 3 Disember 2017.

Antara barisan pelakon yang akan membuat penampilan pada sesi road tour kali ini seperti Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Lia Natalia, Daim, Zul, Naza Manas dan pengarah Osman Ali serta penampilan istimewa Datin Furyna selaku penerbit filem.

Tujuan road tour ini diadakan adalah untuk mendekatkan lagi hubungan antara barisan pelakon filem Pinjamkan Hatiku dengan peminat-peminat yang datang menonton filem berkenaan di pawagam.

Antara lokasi yang akan menjadi tumpuan untuk sesi road tour kali ini pada 2 Disember 2017 (Sabtu) seperti GSC Alamanda (1.45 petang), GSC IOI City Mall Putrajaya (3.45 petang) dan GSC Mid Valley (9.00 malam).

Pada 3 Disember 2017 (Ahad) pula, barisan pelakon akan hadir ke lokasi seperti GSC Melawati Mall (2.30 petang), Main Atrium Quill City Mall (5.30 petang) dan GSC Berjaya Times Square (9.00 malam). – KopiPlanet.com

Pinjamkan Hatiku: Ayda, Sam Terjah Pantai Timur Pula!

Selepas diserbu puluhan ribu peminat di Kedah, Perak dan Pulau Pinang minggu lalu, kali ini tiba giliran peminat di negeri Pantai Timur pula berpeluang bertentang mata dengan barisan pelakon filem Pinjamkan Hatiku.

Anda berpeluang beramah mesra dengan pelakon seperti Ayda Jebat dan Shaheizy Sam yang akan sama-sama turun padang untuk sesi jelajah promosi filem Pinjamkan Hatiku.

Selain Ayda dan Sam, sesi road tour ini turut disertai pelakon Lia Natalia, pengarah Osman Ali dan penyanyi runut bunyi Pinjamkan Hatiku, vokalis band 6ixth Sense, Adi Priyo.

Mereka terlebih dahulu akan berkunjung ke Lotus Five Star, Kuala Terengganu pada 12.00 tengah hari Sabtu ini (18 November) diikuti di TGV Mesra Mall, Kerteh pada jam 4.00 petang.

Keesokan harinya pula (19 November), para pelakon akan meneruskan sesi jelajah dengan berkunjung ke GSC Berjaya Megamall, Kuantan pada jam 12 tengah hari sebelum ke GSC East Coast Mall pada jam 4.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti ‘meet and greet’ bersama barisan pelakon, persembahan pentas dan game show yang memberi peluang kepada peminat untuk memenangi barangan eksklusif Pinjamkan Hatiku yang ditaja Aura White selaku penerbit filem romantis ini.

Jadi, buat peminat di Terengganu dan Pahang, jangan lupa ‘date’ anda untuk bertemu Ayda dan Sam hujung minggu ini.  Jom ramai-ramai havockan road tour Pinjamkan Hatiku! – Kopiplanet

Sinopsis

Pinjamkan Hatiku mengisahkan seorang gadis bernama Laila Safitri (Ayda Jebat), penulis novel yang pulang ke kampung tempat dia pernah dibesarkan bersama neneknya dengan hasrat untuk menyiapkan novel terbaharunya.

Sudah kebetulan berada di kampung halaman, Laila mengambil peluang bertemu dengan rakan-rakan sekolahnya yang dulu.  Tanpa disedari, kehadiran Naufal (Shaheizy Sam), iaitu rakan sekolahnya dulu yang suka menyakat Laila telah membuat hati gadis itu berbunga-bunga.

Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal.  Begitu juga dengan Naufal.

Gelak tawa dan riang bersama menjadi makanan harian mereka sehingga datangnya seorang pemuda yang bernama Dr Hasnan (Farid Kamil) yang merubah segala corak cerita cinta Laila dan Naufal.

Apakah pengakhiran kisah cinta mereka?  Berjayakah Dr Hasnan memaut hati Laila sedangkan hati gadis itu terpaut nama Naufal?  Sama-sama saksikan kisah cinta penuh romantis ini bermula 30 November ini.