Cerita ArtisHiburan

Dapat Restu Keluarga, Elly Mungkin Naik Pelamin Tahun Depan

Selebriti bernama Elly Mazlein dilihat cukup terbuka bercerita mengenai teman istimewanya dan mendedahkan dia berkemungkinan bakal menamatkan zaman solo menjelang tahun depan.

Mengakui suka dengan nombor 2020, Elly juga melihat perancangan ke arah itu kerana melihatkan hubungan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia yang kini semakin rapat dengan kekasihnya yang dipanggil Papa oleh Sefhia.

“Kami ada berbincang ke arah itu, kalau boleh saya pun nak cepat sebab benda baikkan? Tapi mungkin ia boleh direalisasikan pada tahun 2020.

“Bagi saya, restu ibu bapa paling penting, semua orang pernah buat silap. Alhamdulillah kini saya lebih bahagia apabila bapa saya sendiri merestui untuk kami berkawan dan saling mengenali begitu juga dengan keluarganya di Kelantan,” katanya kepada KopiPlanet.com

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, ditemui pada majlis sidang media Kempen Ramadan Raya Media Prima 2019 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Elly, walaupun kekasihnya muda 10 tahun daripadanya, namun dia dapat melihat kematangan dalam diri lelaki tersebut malah merasakan dirinya lebih dihargai melihatkan kesungguhannya yang mahu menjaga Elly sekeluarga.

“Walaupun dia muda 10 tahun daripada saya tetapi sikap kematangan yang ditunjukkan membuatkan saya terpikat. Dia tunjuk betul-betul yang dia nak jaga saya dan keluarga dan dia ada ciri-ciri sebagai ketua keluarga.

“Malah dia dah bersedia untuk beli rumah, jadi saya rasa sangat bahagia dengan usaha yang cuba ditunjukkannya. Saya rasa sangat dihargai olehnya,” katanya lagi.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun disahkan bercerai pada 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

Foto: Instagram Elly Mazlein

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button