
Diana Danielle Muncul Di Mahkamah, Farid Kamil Luah Rasa Rindu
Pelakon Datin Diana Danielle akhirnya kelihatan di mahkamah pada hari ini, namun enggan memberikan sebarang komen sebaik ditemui pihak media di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
Diana hadir bagi memberikan sokongan terhadap suaminya, Datuk Farid Kamil yang disabitkan dengan empat pertuduhan jenayah.
Diana hadir berbaju kurung kapas dengan ditemani dua adik Farid iaitu Fadzil Zahari dan Anis Anwar.
“Maaf. Saya tak boleh bagi kenyataan. Terima kasih sebab sudi datang,” katanya kepada pihak media.
Ini merupakan kali pertama Diana hadir ke mahkamah selepas suaminya ditahan reman sejak Jumaat lalu.
Sementara itu, Farid ketika dibawa ke bilik reman berkata dia sangat mengharapkan kedatangan Diana selain turut meluahkan rasa rindu terhadap dua anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3 tahun.
“Alhamdulillah, saya baik sahaja. Saya rindu anak-anak. Saya sayang Diana.”
“Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana,” katanya.
Sementara itu, Majistret Nor Ariffin Hisham membenarkan Farid diikat jamin sebanyak RM12,000 di atas empat pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.
Empat pertuduhan tersebut ialah mencederakan orang awam, anggota polis, menghalang tugas penjawat awam dan berkelakuan tidak senonoh.
Kes tersebut akan didengar semula pada 5 Mac ini. – KopiPlanet.com