
Doa Semua Berjalan Lancar, Elizad Selesai Jalani Pemindahan Embrio IVF
Berhasrat untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat, pelakon Elizad Sharifuddin berkongsi dia baharu sahaja selesai melakukan proses pemindahan embrio bagi meneruskan kaedah rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, berkongsikan beberapa keping gambar di laman Instagramnya selain mengharapkan doa orang ramai agar rawatan yang dijalaninya itu berjalan lancar.
“Alhamdulillah syukur, baru selesai embrio transfer (pemindahan embrio) hari ini (semalam). Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.
“Gementar tunggu keputusan akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah pada-Mu Ya Allah,” tulisnya.

Pemindahan embrio merupakan satu prosedur di mana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.
Pelakon drama Teman Lelaki Upahan ini berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – KopiPlanet.com



