Cerita ArtisHiburan

Elfira Loy Gembira Akhirnya Bertemu Dengan Cinta Sejati

Memulakan tahun baharu dengan status sebagai seorang isteri, pelakon Elfira Loy akhirnya berkongsi bait-bait kata manis buat sang suami, Faris Datuk Khairol Anuar.

Menerusi kapsyen salah satu entri gambar yang dimuat naik oleh aktres itu, Elfira menulis, “Kerana cinta yang mati, aku telah menemui cinta yang sejati. Inilah saat yang ku nanti, cinta yang ingin ku bawa hingga ke syurga dan bukan saja duniawi.”

Elfira, 25, selamat diijabkabulkan dengan Faris, 28, pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi pada 1 Januari lalu di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Pasangan itu bertunang pada bulan September lalu selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan istimewa.

Yang menariknya, penyampai radio Era, Hani Fadzil turut mendedahkan Elfira merupakan gadis idaman Faris sejak mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di London, lima tahun lalu.

Elfira sebelum ini pernah melalui episod percintaan dengan penyanyi Sufian Suhaimi sehingga bertunang pada Oktober 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan selepas itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button