• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Enggan Ulas… Isteri Nasihat Amar Asyraf Jangan Cerita Hal Peribadi

Pelakon Amar Asyraf mengambil pendekatan enggan lagi mengulas mengenai kisah peribadinya susulan kontroversi rumah tangga yang melandanya sebelum ini.

Menurut Amar, isterinya, Arna Salleh ada menasihatinya untuk tidak lagi bercerita mengenai masalah peribadi kepada umum.

“Isteri minta saya jangan kongsi apa-apa cerita sebabnya apa sahaja kebaikan kita buat tetap orang kata kita salah. Sebolehnya saya tidak mahu ulas lanjut sebab takut menyinggung hati orang lain. Jadi saya pilih untuk tidak lagi bercakap hal peribadi selepas ini.

“Saya akui ada juga buat salah cuma saya rasa tak perlu nak ulas lanjut dan saya pun dah minta maaf dekat isteri, malah dia izinkan dan tahu apa yang saya buat sebelum ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Amar ditemui pada majlis tayangan media filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang berlangsung di MM2, Cineplexes, Mutiara Damansara semalam.

Sebelum ini tercetus kontroversi apabila kisah perkahwinan kedua Amar dibongkar seorang wanita sehingga menjadi bualan hangat peminat hiburan tempatan.

Susulan itu, Amar dilaporkan sudah menceraikan isteri keduanya, Vivy Jeffry dengan talak tiga pada hujung bulan lalu.

Menurut Amar, dia bersyukur dipertemukan dengan isteri sebaik Arna yang masih setia dan menyayanginya biarpun dia pernah tersilap percaturan dalam hidup.

“Sekarang saya okay dan menjalani kehidupan seperti biasa dengan hanya seorang isteri di sisi. Saya bersyukur dikurniakan isteri memahami seperti Arna,” katanya lagi.

Amar atau nama sebenarnya, Amar Asyraf Zailuddin, 34, mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Arna pada 7 Jun 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.

Perkahwinan kedua Amar terbongkar apabila Vivi tampil membuat kenyataan pada sebuah portal mengesahkan dia merupakan isteri kedua aktor tersebut.

Menurut Vivi lagi, dia terpaksa menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain menyedari kedudukannya sebagai isteri kedua. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend