Cerita ArtisHiburan

Fasha Bengang Peminat Fitnah Enggan Layan Permintaan Bergambar

Fasha Sandha meluahkan rasa kesal di atas perkongsian seorang peminatnya dikenali sebagai Siti Sara yang membuat dakwaan dirinya enggan bergambar dengan wanita tersebut.

Menerusi posting wanita itu di Facebook, Fasha dikatakan tidak mesra peminat dan perwatakan sombong ketika berada di tempat awam.

Menjawab dakwaan tersebut, Fasha memuat naik penjelasannya di laman Instagram dengan berkata, “Assalamualaikum, ini gambar diambil secara curi dan posting ni dibuat oleh Siti Sara di Facebook (mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat)

“Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. First of all, terima kasih Siti Sara di atas posting ini.

“Ingin saya jelaskan di sini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah, sebab fokus utama saya adalah anak-anak bukan undi anugerah.

“Ingin saya jelaskan di sini ya, ya saya memang berubah menjadi sombong di situasi ini, demi keselamatan saya dan anak-anak.

“Peminat yang tak faham tentang saya, sila hadam jawapan saya, jangan ganggu saya ketika :

1. “Ketika saya bersama dengan anak-anak saya, anak-anak buah saya, dan dengan anak-anak sahabat saya, kerana tanggungjawab menjaga anak ni bukan tugas yang mudah, seminit terleka, anak boleh hilang!

2. “Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan, sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut.

3. “Di kaunter tiket atau access mana-mana tempat sesak dengan anak-anak.

4. “Ketika saya sedang mengadap rezeki makan dengan keluarga saya.

“Ingat ya, selepas saya menjadi seorang ibu, populariti bukan keutamaan saya. Tugas saya sebagai ibu dan isteri adalah nombor satu,” tulisnya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat) . Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini. Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah , sebab fokus utama saya adalah anak2, BUKAN UNDI ANUGERAH 😊 Ingin saya jelaskan disini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI , DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK2. PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA,SILA HADAM JAWAPAN SAYA Jangan GANGGU SAYA KETIKA 1. Ketika saya bersama dengan anak2 saya, anak2 buah saya, dan dengan anak2 sahabat2 saya, kerana TANGGUNGJWB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG! 2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut 3. Dikaunter tiket atau access mana2 tempat sesak dengan anak2 4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA Ingat ya ,SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU. ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI. Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU2 dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya , Hina saya pakai selipar. 😊 Apa masalahnya kalau saya pakai selipar 😊😇 Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA. Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap. Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA 😊 Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK Terima kasih. @wlfs4eva

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Isteri kepada Aidil Aziz ini turut meminta masyarakat memahami golongan selebriti bukanlah secara mutlak milik peminat serta berpesan supaya menjadi peminat yang bijak dalam mengikut kesesuaian masa sekiranya ingin mendekati selebriti di luar sana.

“Artis bukan milik masyarakat, kami milik Allah dan keluarga kami. Jadilah peminat yang bijak, tengoklah masa sesuai nak minta selfie, orang lain beribu-ribu dapat je berselfie dengan saya.

“Masa awak mintak ni tak kena masa, lepas tu nak viral burukkan artis. Hina muka saya, hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar. Sejujurnya awak telah fitnah saya.

“Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak-anak saya sekejap.

“Lepas saya bayar dan lepas anak-anak saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. Lilahi Taala.

“Apapun terima kasih. Saya harap penjelasan ini jelas, dan semoga peminat dapat guna otak bila masa sesuai nak bergambar dengan artis terutama artis yang dah ada ramai anak. Jadilah peminat yang bijak,” tulisnya lagi.

Perkongsian Fasha itu turut dipersetujui ramai selebriti lain seperti Shuib Sepahtu, Elvina Mohamad, Nad Zainal, Amanda Misbun, Anne Abdullah, Siti Sarah serta adik Fasha, Elisya Sandha. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button